Sunday, 4 December 2011

Cinta ini kadang-kadang ibarat memancing ikan. Kadang kala ianya tersangkut pada mata kail dan kadang kala terlepas sebelum sempat kita menarik mata kail ke atas. Ikan yang terlekat di mata kail kamu itu haruslah kamu ambil. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu saja. Kerana ikan itu akan berasa sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi hidup. 

Begitulah juga sekiranya kamu telah memberi harapan pada seseorang. Setelah ia menyayangimu setengah mati hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali kamu meninggalkan dirinya begitu sahaja. Kerana ia akan terluka dengan perbuatanmu itu. Kenangan bersamamu membuatkan dirinya menderita.

No comments:

Post a Comment